Usaha-Usaha Yang Wajar Dilakukan Oleh Ibu Bapa Untuk Memastikan Anak-Anak Mereka Menjadi Insan Yang Berguna

Ibu Bapa Sentiasa Mengharapkan Anak-Anak Mereka Menjadi Insan Yang Berguna. Bincangkan Usaha-Usaha Yang Wajar Dilakukan Oleh Ibu Bapa Untuk Memastikan Harapan Mereka Itu Tercapai.

Saat yang paling menggembirakan bagi sepasang suami isteri adalah ketika menyambut cahaya mata. Seboleh-bolehnya mereka mahu mencanangkan berita gembira itu ke seluruh dunia. Kehadiran orang baharu merupakan pelengkap kehidupan bagi pasangan suami isteri. Ketika saat genting itu tiba, si suami sudah tentu akan berdoa agar si isteri melahirkan cahaya mata mereka dengan selamat. Bayi yang dilahirkan itu merupakan amanah Tuhan kepada pasangan suami isteri. Selain anak ini dibelai dengan penuh kasih sayang, ibu bapa perlu menyediakan ramuan yang penting untuk membentuk anak tersebut menjadi insan yang berguna. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak mereka menjadi insan yang berguna?

Langkah yang paling aula untuk memastikan anak mereka menjadi insan yang berguna adalah dengan menerapkan pendidikan agama sejak kecil lagi. Orang tua-tua sering berkata “melentur buluh biarlah ketika rebungnya”. Peribahasa ini jelas membuktikan bahawa pendidikan agama dapat membuka minda serta jalan kepada anak untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam sebarang perlakuan negatif jika usaha itu dibuat pada usia yang masih mentah. Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan baik dan buruk dan membesar dengan berpandukan ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal daripada keluarga yang baik, kebiasaannya keturunannya akan baik juga. Jika ibu bapa mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana “madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga”. Jelaslah bahawa pendidikan agama yang secukupnya dapat membentuk anak menjadi insan yang berguna.

Selain didikan agama, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan sama ada dalam aspek kurikulum atau kokurikulum serta sahsiah anak-anak. Sikap- prihatin dan ambil berat ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu bapa, mereka akan berusaha untuk meningkatkan kemajuan tanpa mengira aspek kurikulum atau kokurikulum. Malah sikap ibu bapa juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh dalam menghuraikan perkara ini, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan baik dengan guru di sekolah dan sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru berkaitan dengan akhlak anak-anak. lbu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan anak mereka. Tuntasnya, ibu bapa perlu memantau perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.

Kasih sayang yang secukupnya perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak bagi memastikan mereka menjadi insan yang ditimpa kemarau kasih sayang. Untuk mendapatkan perhatian ibu bapa, mereka melakukan pelbagai kelakuan negatif. Dalam konteks ini, ibu bapa bapa perlulah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata-kata dan perbuatan yang secukupnya kepada anak-anak tidak berrnaksud memanjakan mereka secara berlebih-lebihan. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan pujian kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan mengucapkan kata-kata positif apabila mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata yang positif dapat menyuntik semangat anak-anak untuk terus berusaha agar memperoleh keputusan yang lebih cemerlang. Oleh itu, curahan kasih sayang yang secukupnya penting sebagai prakarsa untuk mendidik anak-anak rnenjadi insan yang berguna.

Untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan yang terbaik kepada mereka. Janganlah rnenjadi seperti “ketam rnengajar anaknya berjalan betul”. lbu bapa meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan rnereka tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik” sudah jelas mernbuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak, kerana anak-anak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang rnernbesar di bawah didikan ibu bapa yang berjaya rnenjadi suri teladan yang baik akan rnenjadi insan yang baik dan bertanggungjawab. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan.

Selain itu, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan ingin membentuk anak rnereka menjadi insan yang berguna, mereka tidak sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila ada orang lain mernberi teguran. Hal ini demikian kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak rnereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka. Pada masa yang sarna, ibu bapa sepatutnya mengucapkan terirna kasih kepada orang yang menegur anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah “menjaga tepi kain orang lain” rnasyarakat ini adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif. Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa agar mereka tidak rnengulangi kesilapan yang sama. Jadi, untuk membentuk anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa.

Secara tuntasnya, usaha untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Semua ini perlu dilakukan melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka menjadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada negara malah membawa masalah serta menjatuhkan nama baik keluarga.

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s